Keputusan wajib suntikan imunisasi diketahui dalam masa terdekat

Dr Dzulkefly (tiga dari kiri) sewaktu menerima cenderahati pada Program Mamogram Percuma Etiqa Fasa Tiga di Bangunan NCSM, Kuala Lumpur hari ini.
Dr Dzulkefly (tiga dari kiri) sewaktu menerima cenderahati pada Program Mamogram Percuma Etiqa Fasa Tiga di Bangunan NCSM, Kuala Lumpur hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Keputusan cadangan mewajibkan ibu bapa memberi suntikan imunisasi kepada anak-anak mereka akan diumumkan dalam masa terdekat ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, kajian berkaitan cadangan itu yang dilakukan oleh satu jawatankuasa dilantik Kementerian Kesihatan (KKM) kini hampir siap dan akan dibentangkan kepadanya dalam masa terdekat.

"Hampir, sangat dekat (untuk umum keputusan jawatankuasa). Sikit lagi, sudah di peringkat hujung,” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas perkembangan terkini berhubung keputusan cadangan mewajibkan ibu bapa memberi suntikan imunisasi kepada anak-anak.

ARTIKEL BERKAITAN: KKM sedia timbang wajibkan dua daripada 12 vaksin

Terdahulu, beliau melancarkan Program Mamogram Percuma Etiqa Fasa Tiga di Bangunan Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia (NCSM) di sini yang turut dihadiri Presiden NCSM, Dr Saunthari Somasundram serta Pengerusi Maybank Ageas Holdings Berhad, Datuk R Karunakaran.

Pada April lalu, dalam satu sidang akhbar selepas merasmikan Sambutan Hari Imunisasi Peringkat Kebangsaan di Taman Tasik Cempaka, Bangi, Dzulkefly memaklumkan cadangan mewajibkan ibu bapa memberi suntikan imunisasi kepada anak-anak mereka akan dibentangkan kepada Jawatankuasa Pemandu Perancangan Kementerian Kesihatan pada 8 Mei untuk kelulusan, sebelum penelitian lanjut oleh Kabinet.

Katanya, pandangan pelbagai pihak turut diperoleh termasuk agensi kerajaan, swasta, badan bukan kerajaan (NGO) serta persatuan yang berkaitan dalam meneliti isu-isu dan perkara perlu dimasukkan dalam kertas cadangan kebolehlaksanaan tindakan untuk mewajibkan suntikan imunisasi itu.

Sementara itu, media sebelum ini juga melaporkan mengenai penubuhan pasukan petugas khas bagi merealisasikan cadangan dan dasar untuk mewajibkan suntikan imunisasi vaksin di negara ini akan dikemukakan kepada KKM.

Artikel Berkaitan: