Singa dibunuh kejam untuk ilmu hitam

Singa jantan yang dibunuh, Tau dari Sunward Ranch, Afrika Selatan, dengan kaki dan rahangnya dipootong.
Singa jantan yang dibunuh, Tau dari Sunward Ranch, Afrika Selatan, dengan kaki dan rahangnya dipootong.
A
A
A

LIMPOPO - Lima ekor singa dibunuh kejam oleh pemburu haram dengan beberapa bahagian badan dipotong dipercayai untuk tujuan ilmu hitam di sebuah ladang di Wilayah Limpopo, Afrika Selatan.

Dalam kejadian pada malam Selasa, pemburu haram bertindak memberikan bangkai ayam yang dicampur racun lalu menyebabkan kematian singa terbabit.

Kemudian pemburu haram memotong pagar dan menggunakan parang untuk memotong kaki, rahang dan gigi singa untuk dijual sebagai 'muti' kepada pengamal rawatan tradisional.

Pengamal rawatan tradisional dilaporkan menggunakan bahagian tubuh haiwan ini untuk membuat ramuan dikenali sebagai 'muti' untuk pelanggan tempatan.

Selain itu juga, bahagian badan singa turut diseludup ke Timur jauh untuk dijual.

Menurut pemilik Sunward Ranch, Menno Parsons, 46, seekor singa jantan, Tau berusia 10 tahun dan empat ekor singa betina mati setelah diberi makan bangkai ayam yang bercampur racun.

Kaki dan rahang singa dipotong untuk tujuan 'muti' kepada pengamal rawatan tradisional.
Kaki dan rahang singa dipotong untuk tujuan 'muti' kepada pengamal rawatan tradisional.

"Saya telah memelihara singa selama 10 tahun dan mereka seperti keluarga saya.

Artikel Berkaitan:

"Saya tidak takut dengan pemburu haram ini dan akan mencari mereka," katanya.

Sunward Ranch, menawarkan pengalaman melihat singa untuk kanak-kanak yang kurang bernasib baik dan dilindungi oleh pagar elektrik.

Pesuruhjaya Provinsi Perkhidmatan Polis Afrika Selatan, Leftenan Jeneral Neke Ledwaba berkata, pemburu haram mesti dihentikan dan perlu di bawa ke muka pengadilan.

Beliau berkata, satu pasukan siasatan telah ditubuhkan selepas serangan ketiga ke atas kawasan singa sejak bulan Oktober. - Agensi