Nik Zawawi terlibat kemalangan

Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh mengalami patah pergelangan kaki kanan selepas kereta dinaiki terbabas.
Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh mengalami patah pergelangan kaki kanan selepas kereta dinaiki terbabas.
A
A
A

TAPAH - [DIKEMASKINI] Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh mengalami patah pergelangan kaki kanan selepas kenderaan dinaiki terbabas di Kilometer 350 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan berhampiran Bidor, hari ini.

Kejadian sekitar jam 1.30 tengah hari itu berlaku ketika Ketua Dewan Ulama Pas berusia 52 tahun itu dalam perjalanan dari Perlis menuju ke Parlimen.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, siasatan awal mendapati, kereta jenis Mercedes dinaiki mangsa yang dipandu seorang lelaki berusia 28 tahun hilang kawalan dan terbabas ke bahu jalan sebelum melanggar penghadang besi.

Keadaan kereta dinaiki Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh yang terbabit dalam nahas hari ini. (Gambar kecil: Nik Muhammad Zawawi)
Keadaan kereta dinaiki Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh yang terbabit dalam nahas hari ini. (Gambar kecil: Nik Muhammad Zawawi)

"Pemandu berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan sementara mangsa yang duduk di bahagian hadapan penumpang mengalami patah pergelangan kaki kanan," katanya.

Menurutnya, ketika kejadian, keadaan jalan agak licin kerana cuaca hujan.

"Mangsa yang cedera telah dibawa ke Hospital Slim River untuk rawatan sementara kenderaan terlibat akan dibawa ke pemeriksaan Puspakom," katanya.

Siasatan lanjut masih dijalankan dibawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan: