Bekas isteri Najib, Tengku Puteri Zainah meninggal dunia

Bekas isteri kepada mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar, meninggal dunia.
Bekas isteri kepada mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar, meninggal dunia.
A
A
A

KUANTAN - [DIKEMAS KINI] Bekas isteri kepada mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar, meninggal dunia.

Perkhabaran duka itu dikongsikan anak sulungnya, Datuk Mohamad Nizar Mohamad Najib menerusi laman sosial Facebook pada Khamis.

Nizar dalam hantaran itu menzahirkan rasa dukacita atas pemergian bondanya dan mengenang segala kasih sayang, pengorbanan serta doa yang dicurahkan sepanjang hayat.

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas isteri Najib kritikal di ICU, Nizar mohon doa kesembuhan buat ibu

“Terima kasih, bonda atas segala kasih sayang, pengorbanan dan doa sepanjang hayatmu. Tiada apa yang mampu membalas segala jasamu.

“Semoga Allah SWT mengampuni segala dosamu, merahmatimu dan menempatkanmu dalam kalangan penghuni Syurga Firdaus.

“Bonda tetap hidup dalam doa dan ingatan anakanda selamanya,” katanya.

Hantaran tersebut turut disertai ucapan Al-Fatihah.

Allahyarhamah Tengku Puteri Zainah, 70, merupakan ibu kepada Nizar, Putri Norlisa dan Mohd Nazifuddin.

Artikel Berkaitan:

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan keadaan kesihatan Tengku Puteri Zainah yang dilaporkan kritikal dan kini sedang mendapatkan rawatan di unit rawatan rapi (ICU).

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!