IPD Kuala Selangor cari waris lelaki terlibat kemalangan

IPD Kuala Selangor mencari waris kepada lelaki ini yang sedang dirawat di Hospital Tanjong Karang.
A
A

KUALA SELANGOR - Polis meminta waris kepada seorang lelaki tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor bagi urusan menuntut lelaki berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Md Asri A Wahab berkata, lelaki berusia lingkungan 50-an itu diselamatkan dalam kemalangan ketika melintas jalan di sekitar pekan ini kira-kira jam 8 pagi semalam.

Menurutnya, lelaki itu kemudian dibawa ke Hospital Tanjong Karang (HTK) untuk pemeriksaan lanjut.

"Kita sukar mengesahkan identiti sebenar lelaki ini termasuk latar belakang keluarganya kerana tiada sebarang dokumen pengenalan diri.

"Malah lelaki terbabit juga merupakan OKU (orang kurang upaya) pekak dan bisu. Dia kini ditempatkan di Unit Rawatan Kecemasan HTK," katanya.

Md Asri berkata, orang ramai yang mengenali lelaki terbabit atau warisnya diminta menghubungi Sarjan Ghufar Basiran di talian 012-2868117.