Ahli Kusaiip, AIM diharap mampu berdikari

Norashifah (dua, kanan) bersama sebahagian ahli AIM Cawangan Ipoh, pada majlis berkenaan.
Norashifah (dua, kanan) bersama sebahagian ahli AIM Cawangan Ipoh, pada majlis berkenaan.
A
A
A

IPOH - Semua ahli Kelab Usahawan Sahabat Amanah Ikhtiar Ipoh (Kusaiip) termasuk Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Cawangan Ipoh, diharap mampu berdikari khususnya dalam usaha mencari dana sendiri pada masa hadapan.

Norashifah
Norashifah

Pengurus Kanan AIM Wilayah Perak Selatan, Norashifah Salleh berkata, usaha berkenaan dilihat selari dengan tujuan dana yang terkumpul kemudiannya boleh digunakan bagi tujuan menganjurkan pelbagai program kelak.

Menurutnya, setakat ini hanya seramai 18,000 Jumlah Sahabat Aktif (JSA) di Ipoh biarpun pihak pengurusan menyasarkan untuk mencapai sasaran 40,000 JSA yang aktif meminjam serta rajin menyimpan.

“Kelab ini baru wujudkan pendaftaran pada 2015 dengan tujuan mengetengahkan sahabat menerusi perhubungan, kolaborasi dan sebagainya.

“Jika dahulu AIM hanya bagi pinjaman kepada individu, dengan adanya kelab ini kita boleh laksanakan program dengan lebih berani selain boleh berurusan dengan pihak tertentu.

“Oleh itu, kita minta pihak kelab untuk dapatkan lebih ramai ahli selain mengekalkan ahli sedia ada,” katanya.

Norashifah berkata demikian sempena Majlis Penyampaian Sumbangan Kebajikan Sahabat AIM 2018 di Mydin Meru Raya, hari ini.

Artikel Berkaitan:

Difahamkan seramai 51 penerima hadir bagi menerima sumbangan kebajikan berkenaan yang disempurnakan oleh Pegawai Khas Ahli Parlimen Tambun merangkap Menteri Besar Perak, Baddrul Halim Abdul Wahab.

Hadir sama, Pengurus Cawangan AIM Cawangan Ipoh, Rohana Yusof.

Difahamkan, pelbagai aktiviti menarik juga diadakan sempena majlis berkenaan seperti pertandingan mewarna kanak-kanak, pertandingan dekorasi bunga tangan, pertandingan teka gula-gula serta cabutan bertuah.

Sementara itu Norshifah berkata, keadaan ekonomi semasa di negara ini tidak membeirkan sebarang kesan kepada kewujudan dana bagi pihak AIM.

Katanya, pihak AIM akan tetap membantu mana-mana sahabat yang berada dalam kesulitan menerusi dana sedia ada selain dana yang terkumpul hasil beberapa projek yang dijayakan.

“Buat masa ini, AIM dana tumpukan dalam kalangan kita sahaja. Kita ada kelab dan kita buat projek dan sebagainya termasuk keluarkan produk. Sebagai contoh kanopi dan sebagainya. Kelab akan bayar.

“Oleh itu, kita tidak terkesan dengan faktor ekonomi semasa seperti penurunan petrol termasuk sistem cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang ditukar kepada jualan dan perkhidmatan (SST. Tak ada masalah.

“Kalau ada sahabat yang ada masalah, kita akan tolong,” katanya.