PRK: Calon Amanah mampu pertahan Pulai - Mat Sabu

Mohamad pada sidang akhbar di sini pada Jumaat.
Mohamad pada sidang akhbar di sini pada Jumaat.
A
A
A

SERDANG - Calon Parti Amanah Negara (Amanah) Suhaizan Kayat dilihat mampu mempertahankan kerusi Parlimen Pulai pada pilihan raya kecil (PRK) yang akan diadakan September depan.

Perkara itu dizahirkan Presidennya, Datuk Seri Mohamad Sabu.

"Insya-ALLAH, kita akan berjaya di sana," katanya menerusi sidang akhbar selepas merasmikan Show Tech Mardi 2023 di Taman Ekso Agro Malaysia Serdang (MAEPS) pada Jumaat.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai keyakinan terhadap Suhaizan bagi mempertahankan Pulai.

Pada Khamis, Suhaizan yang juga Naib Pengerusi Amanah Johor diumumkan sebagai calon bertanding pada PRK Pulai mewakili gabungan Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN).

Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang lalu, Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub mengekalkan kerusi itu selepas menang majoriti 20,989 undi.

Beliau mengalahkan bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri (KDN), Datuk Nur Jazlan Mohammed yang memperoleh 23,026 undi, manakala calon Perikatan Nasional (PN), Loh Kah Yong meraih 14,432 undi.

Artikel Berkaitan: