Polis tunggu laporan perubatan

Laporan Sinar Harian sebelum ini.
Laporan Sinar Harian sebelum ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR – Polis masih menunggu laporan perubatan seorang pelajar pusat tahfiz berusia 13 tahun yang mendakwa menjadi mangsa buli dan terpaksa dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Rajab Ahad Ismail berkata, pihaknya masih menunggu laporan perubatan dari hospital berkenaan.

“Kita masih tunggu laporan perubatan mangsa,” katanya ringkas melalui aplikasi WhatsApp hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: (VIDEO) Mulut disumbat najis kucing

Dalam kenyataan Rajab Ahad sebelum ini, serangan berpunca daripada pertengkaran dan ejek-mengejek antara mangsa dan seorang lagi pelajar berusia 12 tahun.

Polis juga telah melengkapkan siasatan dan akan merujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya (DPP) untuk tindakan lanjut.

Ketika kejadian 16 Oktober lalu, mangsa berusia 13 tahun yang baru enam bulan belajar di tahfiz itu mendakwa menjadi mangsa buli dan disimbah air panas ketika sedang tidur kira-kira jam 4 pagi di asrama tahfiz berkenaan

Pelajar itu dikatakan melecur di bahagian badan dan paha kiri.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun pengetua pusat tahfiz berkenaan menafikan berlaku buli sebaliknya salah faham antara dua pelajar

Katanya, kes hanya melibatkan sebekas air panas tanpa mengakibatkan mangsa melecur.

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh kes buli di Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah

Mengejek punca pelajar tahfiz disimbah air panas: Polis