Mengejek punca pelajar tahfiz disimbah air panas: Polis

Keratan laporan Sinar Harian berhubung tragedi seorang pelajar tahfiz disimbah air panas.
Keratan laporan Sinar Harian berhubung tragedi seorang pelajar tahfiz disimbah air panas.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kecederaan seorang pelajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah berusia 13 tahun di sini akibat disimbah air panas berpunca daripada pertengkaran dan ejek-mengejek antara mangsa dan seorang pelajar berusia 12 tahun dua hari lalu.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Rajab Ahad Ismail berkata, ketika kejadian awal pagi kelmarin pelajar berusia 12 tahun itu bertindak menjirus air panas kepada mangsa yang sedang tidur kerana tidak berpuas hati dalam perkelahian itu.

"Mangsa kini masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur dan dilaporkan mengalami kecederaan kira-kira 13 peratus di bahagian badan, " katanya.

Rajab Ahad berkata, pihak tahfiz sudah memaklumkan kepada keluarga mangsa mengenai kejadian yang berlaku kira-kira jam 4 pagi sebelum mangsa dikejarkan ke hospital.

"Bapa mangsa telah buat laporan polis pada hari kejadian dan susulan itu polis telah menahan pelajar terbabit dengan ditemani bapanya untuk direkod keterangan. Bagaimanapun pelajar itu dilepaskan dengan jaminan polis sementara menunggu keputusan pihak timbalan pendakwa raya," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Pengetua Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Muhammad Zahid Mahmod ketika dihubungi menjelaskan, insiden itu bukan kes buli seperti didakwa sebaliknya perselisihan faham dan saling ejek-mengejek.

ARTIKEL BERKAITAN Kecoh kes buli di Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah

Artikel Berkaitan: