(VIDEO)Mulut disumbat najis kucing

Siti Satariah menunjukkan bahagian kulit badan anaknya yang melecur.
Siti Satariah menunjukkan bahagian kulit badan anaknya yang melecur.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Selepas insiden kebakaran bangunan asrama pada 2017 yang mengorbankan 23 nyawa, Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiah sekali lagi menjadi perhatian apabila seorang pelajarnya dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat melecur disimbah air panas.

Dalam kejadian 16 Oktober lalu, Muhammad Al-Yusof Muhaimin Mohamad Amir, 13, yang baru enam bulan belajar di tahfiz itu mendakwa menjadi mangsa buli sehingga menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Kebakaran HKL selama 10 hari.

Dia mendakwa disimbah air panas ketika sedang tidur kira-kira jam 4 pagi di asrama tahfiz berkenaan sehingga menyebabkannya melecur di bahagian badan dan paha kiri.

“Dulu masa bulan tiga, kami pernah bergaduh. Dia suka kacau saya, jadi saya mampu ejek dia sebab nak lawan balik tak boleh, dia kuat.