Polis kesan saksi penting kes perbicaraan di mahkamah

Polis mengesan seorang lelaki yang dikenali sebagai Azizi Abu Bakar, 34.
Polis mengesan seorang lelaki yang dikenali sebagai Azizi Abu Bakar, 34.
A
A
A

KAJANG - Polis sedang mengesan seorang lelaki yang merupakan saksi penting dalam satu kes perbicaraan di mahkamah.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, lelaki berkenaan dikenali sebagai Azizi Abu Bakar, 34, alamat terakhir di Seri Kembangan.

“Kita memerlukan bantuan orang ramai untuk mengesan individu ini atau individu ini sendiri tampil ke Mahkamah Sesyen Kajang bagi membantu kes perbicaraan,” katanya melalui kenyataan media tadi.

Orang ramai yang mempunyai maklumat individu berkenaan boleh menghubungi Pegawai Penyiasat kes, Inspektor Nur Nadia Jamallulai di talian 0102394279.

Artikel Berkaitan: