Tanah runtuh di Genting Highlands, hanya satu laluan dibuka

Kerja-kerja pembersihan laluan yang terjejas akibat kejadian tanah runtuh petang semalam masih dijalankan. - Foto Jabatan Bomba dan Penyelamat
Kerja-kerja pembersihan laluan yang terjejas akibat kejadian tanah runtuh petang semalam masih dijalankan. - Foto Jabatan Bomba dan Penyelamat
A
A
A

BENTONG - Jalan Genting ke sebuah pusat peranginan di sini yang terputus akibat kejadian tanah runtuh petang semalam sudah dibuka kepada semua kenderaan jam 4 petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Genting Highlands, Penolong Kanan Penguasa Bomba Yusry Abdullah Sani berkata, bagaimanapun pembukaan laluan berkenaan hanya melibatkan satu laluan sahaja.

Menurutnya, satu laluan lagi masih ditutup untuk kerja-kerja pembersihan dan penyelenggaraan.

"Bagaimanapun jika berlaku hujan lebat kerja-kerja di lokasi akan dihentikan dan laluan berkenaan akan ditutup semula atas faktor keselamatan," katanya ketika dihubungi petang ini.

Pagi tadi laluan tersebut ditutup untuk semua kenderaan untuk kerja-kerja pembersihan.

Penutupan laluan berkenaan juga disebabkan masih berlaku pergerakan tanah di cerun kawasan runtuhan yang memungkinkan boleh memberi ancaman kepada pengguna.

ARTIKEL BERKAITAN Tanah runtuh: Laluan masih ditutup kepada kenderaan

Artikel Berkaitan: