Kerja baiki injap bocor siap sepenuhnya

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan sebanyak 120 kawasan di Gombak dan 57 kawasan di Kuala Lumpur terjejas gangguan bekalan air sementara.
Sebelum ini Sinar Harian melaporkan sebanyak 120 kawasan di Gombak dan 57 kawasan di Kuala Lumpur terjejas gangguan bekalan air sementara.
A
A
A

SHAH ALAM - Pelaksanaan kerja-kerja kecemasan penggantian injap (sluice valve) di Kolam Air Kepong Estate yang mengalami kebocoran serius sebelum ini siap sepenuhnya Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor).

Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Air Selangor, Abdul Raof Ahmad berkata, bekalan air ke kawasan terlibat sudah dibuka dan proses pemulihan akan berlaku secara berperingkat.

Menurutnya, usaha itu mempercepatkan pemulihan bekalan serta meminimumkan impak gangguan.

“Kerjasama pelanggan sepanjang tempoh pelaksanaan kerja kecemasan ini amat dihargai dan pihak kami memohon maaf di atas segala kesulitan.

“Pelanggan boleh berhubung dengan Pusat Perhubungan Pelanggan di talian 15300 untuk sebarang pertanyaan atau mendapatkan maklumat terkini di aplikasi telefon bimbit Air Selangor atau laman sesawang www.airselangor.com.

“Pelanggan juga boleh menghantar pesanan bagi kes kecemasan dan kritikal melalui WhatsApp ke talian 0192816793 atau 0192800919,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan sebanyak 120 kawasan di wilayah Gombak dan 57 kawasan di wilayah Kuala Lumpur melibatkan 119,630 akaun pelanggan berdaftar terjejas dengan gangguan bekalan air sementara selama 23 jam bermula malam tadi.

Air Selangor dalam satu kenyataan memaklumkan kerja-kerja penggantian injap berkenaan adalah kritikal dan perlu dilaksanakan segera bagi mengelakkan insiden di luar jangkaan yang boleh menjejaskan bekalan air kepada pelanggan.

Artikel Berkaitan: