X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 23 Mei 2022

Penduduk berpecah jika MPKKP diwujudkan: Exco Pahang

Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff ( Keratan Sinar Harian 30 Oktober lalu. )
A
A

KUANTAN - Penubuhan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Persekutuan (MPKKP) yang dijangka bermula Januari depan didakwa bakal menyusahkan serta memberi kesan buruk kepada penduduk.

Exco Sains, Teknologi, Teknologi Hijau, Komunikasi dan Multimedia Pahang, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata, dengan kewujudan MPKK sedia ada ditambah MPKKP pula nanti menjadi penyumbang utama perpecahan di dalam sesebuah kampung.

"Hormatilah kerajaan Barisan Nasional (BN) Pahang yang dipilih rakyat selepas pilihan raya umum ke- 14 (PRU14) yang lalu untuk terus mentadbir kerajaan negeri," katanya menerusi kenyataan dimuat naik di Facebooknya semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh berkenaan penubuhan jawatankuasa itu, baru-baru ini.

Pada 30 Oktober lalu akhbar Sinar Harian melaporkan, MPKKP akan berkuat kuasa dan memulakan tugas pada Januari 2020 di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan dibiayai sepenuhnya kerajaan menerusi peruntukan sedia ada.

Menurut Fuziah, MPKKP akan diwujudkan di empat negeri yang bukan di bawah kerajaan Persekutuan manakala MPKK tidak lagi di bawah tanggungan kerajaan serta pihak negeri boleh meneruskan dengan pembiayaan sendiri.

Sementara itu, Exco Kebudayaan, Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin turut memberi respons berhubung pengumuman tersebut menerusi hantaran di Facebook beliau.

"Yang nak buat MPKK tu dulu dia. Yang letak semua syarat tu dia. Kita ikut saja apa yang dah dipersetujui. Yang nak lantik tambah lima ahli pun dia, tapi sampai sudah tak boleh nak lantik.

"Bila semua berjalan cantik dan molek, dia nak batal (MPKK) buat lain pula (MPKKP). Agaknya apa perkataan paling sesuai untuk dema ni? Bijak?," katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!