Sarawak tidak gugur tuntutan royalti minyak 20 peratus

Gambar hiasan. Foto: Bernama
Gambar hiasan. Foto: Bernama
A
A
A

KUCHING -- Kerajaan Sarawak tidak menggugurkan tuntutan royalti minyak sebanyak 20 peratus daripada Petronas.

Pejabat Ketua Menteri dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan rundingan dengan Kerajaan Persekutuan ketika ini berdasarkan kepada tuntutan berkenaan.

"Merujuk kepada artikel yang diterbitkan hari ini di portal berita dan pelbagai portal lain menyatakan Sarawak menggugurkan tuntutan royalti minyak sebanyak 20 peratus daripada Kerajaan Persekutuan.

"Artikel ini mengelirukan dan berniat menyusahkan," menurut kenyataan itu yang dikeluarkan di sini.

Portal berita tempatan hari ini melaporkan bahawa perunding utama menyatakan Sarawak akan menggugurkan tuntutan royalti sebanyak empat kali ganda yang dibayar oleh syarikat minyak negara Petronas tetapi menuntut perjanjian perkongsian pengeluaran dan perjanjian lain. - Bernama

Artikel Berkaitan: