Barang tiruan bernilai RM4.62 juta dilupuskan

Ariffin (tiga dari kanan) ketika program pelupusan barang kes di Stor Ekshibit KPDNHEP Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hari ini.
Ariffin (tiga dari kanan) ketika program pelupusan barang kes di Stor Ekshibit KPDNHEP Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur melupuskan pelbagai barang tiruan mencecah nilai sebanyak RM4.62 juta membabitkan 235 kes pada tahun ini.

Pengarahnya, Ariffin Samsuddin berkata, antara barangan yang dilupuskan adalah kasut, beg tangan, baju, jam tangan, minyak wangi, alat sukat alkohol, kerongsang, aksesori telefon bimbit serta topi.

Menurutnya, kesemua barangan yang dilupuskan merupakan barangan rampasan ke atas pelanggaran kesalahan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011, Akta Kawalan Bekalan 1961 serta Akta Timbang dan Sukat 1972.

"Berdasarkan laporan statistik pada tahun 2018 sebanyak 341 kes berjaya mendapat arahan pelupusan daripada mahkamah dan Pengawal Akta melibatkan nilai RM7.21 juta.

Antara barang kes yang dilupuskan di Stor Ekshibit KPDNHEP Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hari ini.
Antara barang kes yang dilupuskan di Stor Ekshibit KPDNHEP Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hari ini.

"Pada tahun 2017 pula sebanyak 624 kes dengan nilai RM11.22 juta berjaya dilupuskan," katanya pada sidang akhbar selepas program pelupusan barang kes ke-14 tahun ini di Stor Ekshibit KPDNHEP Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di sini hari ini.

Program yang turut dihadiri Ketua Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kuala Lumpur, Azeem Nazuri itu turut menyaksikan pelupusan barang kes bernilai RM456,573 melibatkan 28 kes.

Mengulas lanjut Ariffin mendedahkan, modus operandi sindiket barangan tiruan adalah membawa masuk barangan tersebut dari luar negara sebelum dipasarkan di sekitar Lembah Klang dengan harga jauh lebih murah berbanding harga original.

Artikel Berkaitan:

"Rata-rata peniaga terbabit adalah membabitkan warga asing yang beroperasi di sekitar pusat beli-belah di kawasan tumpuan ibu negara," katanya.

Antara barang kes yang dilupuskan di Stor Ekshibit KPDNHEP Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hari ini.
Antara barang kes yang dilupuskan di Stor Ekshibit KPDNHEP Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hari ini.

Dalam perkembangan lain bagi pemeriksaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Deepavali 2019, sebanyak 1,079 premis perniagaan telah diperiksa.

"25 tindakan kes dengan kompaun sebanyak RM2,750 dikenakan atas kesalahan tidak mempamerkan tanda harga, gagal meletakkan tanda harga dan jualan melebihi harga kawalan," katanya.

Tambahnya, kementerian menerusi penguatkuasa memberi amaran keras dan peringatan kepada mana-mana individu supaya tidak melanggar undang-undang.