Sila log masuk terlebih dahulu.

Beg tangan berjenama tiruan bernilai lebih RM800,000 dirampas

A
A
A

BERITA SEMASA 26 MEI 2023

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak menggempur sebuah rumah yang dipercayai menjadi stor simpanan beg tangan dan pakaian jenama tiruan di Bandar Lahat Mines, Menglembu, Perak pada Khamis, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Ainon Mohamed Yusof.

Serbuan sekitar jam 11.30 pagi itu dilakukan sepasukan anggota penguat kuasa KPDN bersama wakil cap dagang, hasil maklumat dan risikan yang dijalankan tiga minggu lalu.

Sebanyak 5,100 barangan melibatkan beg tangan berjenama tiruan dianggarkan bernilai RM888,000 berjaya dirampas daripada sindiket yang dipercayai bergerak aktif sejak 2016.

Artikel: https://www.google.com/amp/s/www.sinarharian.com.my/ampArticle/260313

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian