Empat bulan selepas bedah, ibu Ainul Mardhiah kongsi kisah di London

Paparan Instagram Nurul Erwani Zaidi.
Paparan Instagram Nurul Erwani Zaidi.
A
A
A

SHAH ALAM - Hampir empat bulan selepas pembedahan membuang ketumbuhan di mulut, adik Ainul Mardhiah dilihat semakin sihat dan ligat bermain.

Meskipun pergerakannya terbatas ekoran masih memakai tiub pada lehernya, namun kondisi Ainul dalam keadaan baik dan kelihatan ceria bergurau dengan ibu dan bapanya.

Baru-baru ini, ibu kepada Ainul, Nurul Erwani Zaidi, 23, telah memuat naik kembali gambar bersama barisan doktor yang merawat Ainul di London.

"Throwback sikit waktu Ainul dekat London. Waktu ni tengah prepare nak balik Malaysia. Inilah bilik Ainul di hospital London dulu. Besar kan? Rasanya satu bilik ni je boleh muat 20 orang sekali masuk.

"Dalam bilik ni je semua peralatan dah lengkap. Fasiliti pun bagus. Jururawat pun sangat mengambil berat tentang pesakit mereka. Sampai ke hari ni mereka masih telefon kami tanya tentang perkembangan Ainul!," tulisnya di Instagram miliknya.

Beliau juga menzahirkan rasa syukur di atas doa dari rakyat Malaysia.

"Alhamdulillah semua ni rezeki yang Tuhan beri dan juga doa-doa dari semua untuk melihat Ainul Mardhiah sihat dan terus sihat," tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ainul Mardhiah akhirnya pulang ke rumah

Artikel Berkaitan:

Selain itu juga, Nurul Erwani sempat memuat naik video keletah anak sulungnya yang sudah pandai bergurau dengan bapanya.

Telatah comel itu telah membuatkan ramai yang tersenyum kerana melihat bayi itu yang semakin sihat.

Perkongsian itu nyata mengubat kerinduan netizen yang sentiasa mengikuti perkembangan Ainul Mardhiah.

"Semoga Allah selalu jaga Ainul sayang," xbiel.

Kata fariha,"Semoga Ainul dikurniakan kesihatan yang baik,"