X

Kindly register in order to view this article
!

Potongan diskaun hingga 35 peratus

Pengunjung sibuk memilih bahan latih tubi untuk anak-anak.
A
A

SHAH ALAM - Pemegang kad ahli VIP Karangkraf berpeluang membeli dengan harga sangat istimewa sempena Jualan Gudang Akhir Tahun Karangkraf.

Penolong Pengurus Pemasaran Grup Buku Karangkraf, Muhammad Asyraf Yahya berkata, Karangkraf menawarkan diskaun sehingga 35 peratus kepada pemegang kad VIP Karangkraf bagi setiap pembelian pelbagai genre bacaan seperti novel, al-Quran dan buku latihan Bestari.

“Sebenarnya jualan gudang akhir tahun ini adalah peluang untuk pengunjung membeli pada harga istimewa. Bagi yang belum mendaftar boleh mendapatkan kad VIP Karangkraf dengan yuran pendaftaran hanya RM10,” katanya di sini semalam.

Asyraf
Asyraf

Menurutnya, tawaran hebat juga ditawarkan kepada pengunjung yang berminat mendapatkan al-Quran secara borong.

"Mungkin ramai yang sedang mencari cenderahati perkahwinan untuk tetamu. Saya cadangkan dapatkan naskhah al-Quran di sini. Jika anda pemegang kad VIP Karangkraf pastinya akan berpuas hati dengan diskaun yang ditawarkan,” katanya.

Pengunjung tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan koleksi al-Quran dengan tawaran harga yang menarik.
Pengunjung tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan koleksi al-Quran dengan tawaran harga yang menarik.

Mengulas mengenai pakej al-Quran yang kelihatan semakin menyusut, Mohd Asyraf berkata, kebanyakan pengunjung ‘menyerbu’ ruangan al-Quran tagging.

“Stok pakej al-Quran tagging terhad dan hanya boleh boleh didapati di sini.

"Tambahan pula, al-Quran tagging sangat memudahkan pembaca. Jadi diharap pengunjung tidak melepaskan peluang mendapatkannya,” katanya.

Dalam pada itu, Jualan Gudang Akhir Tahun Karangkraf turut dimeriahkan dengan Bengkel Gerenti Lulus Matematik oleh Kipas Hikmat untuk murid Tahun Satu hingga Enam yang akan diadakan di AK Learning 2 di sini.

"Teknik Bahagi Darab Dengan Mudah dan Tepat yang diadakan pada 2 dan 3 November ini akan dibahagikan kepada dua slot iaitu pada jam 11 pagi hingga 12 tengah hari dan jam 12 tengah hari hingga 1 petang untuk slot kedua. Tempat terhad kepada 30 peserta untuk setiap slot.

“Peserta yang berminat boleh mula mendaftar dengan bayaran RM30 dan berpeluang mendapatkan bukuFuiyoo Senangnya Matematik secara percuma,” katanya.

Pengunjung terutama ibu bapa tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan pakej Murah Giler buku latihan Bestari.
Pengunjung terutama ibu bapa tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan pakej Murah Giler buku latihan Bestari.

Menurutnya, bengkel Teknik Genius Matematik Untuk Sekolah Rendah juga akan diadakan pada 2 dan 3 November ini serta terhad kepada 30 peserta dengan bayaran RM50.

"Bengkel berkenaan akan diadakan pada jam 3 hingga 4 petang.

"Ibu bapa yang mahu mendaftarkan anak mereka boleh menghubungi Bro Zann di talian 0137430652 untuk pendaftaran," katanya.

Jualan Gudang Akhir Tahun Karangkraf berlangsung di tiga lokasi iaitu Studio F, di bahagian Auditorium dan di ruang Lobi Karangkraf sehingga 3 November.

Jualan Gudang Akhir Tahun Karangkraf turut dimeriahkan dengan Bengkel Gerenti Lulus Matematik oleh Kipas Hikmat.
Jualan Gudang Akhir Tahun Karangkraf turut dimeriahkan dengan Bengkel Gerenti Lulus Matematik oleh Kipas Hikmat.