Penyangak basikal mewah ditangkap

Noorzainy (dua, kanan) menunjukkan basikal yang dipercayai dicuri suspek yang ditahan.
Noorzainy (dua, kanan) menunjukkan basikal yang dipercayai dicuri suspek yang ditahan.
A
A
A

BUTTERWORTH - Seorang lelaki ditahan polis kerana disyaki terlibat kegiatan mencuri basikal mewah di beberapa kawasan di Seberang Perai Utara.

Lelaki berusia lingkungan 20-an itu ditahan polis Bahagian Siasatan Jenayah D9 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara di Butterworth 21 Disember lalu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, tangkapan suspek membawa kepada penemuan sembilan buah basikal pelbagai jenama dipercayai hasil daripada kegiatan jenayah yang dilakukan.

“Polis kemudian merampas sembilan basikal berjenama Lapierre, Norco, Ontana, Lerun, Geometric, Totem, Trinx, Marsstar dan Specialliazed.

“Berdasarkan soal siasat, suspek mengaku memanjat pagar rumah dan mencuri basikal yang berada di luar rumah mangsa. Suspek juga mengaku terlibat kes pecah rumah di kawasan Mak Mandin dan Butterworth," katanya pada sidang media di IPD Seberang Perai Utara di sini, hari ini.

Menurutnya, polis kini sedang berusaha memburu dua lagi suspek dipercayai terlibat dalam jenayah berkenaan yang menyasarkan basikal bernilai ratusan dan ribuan ringgit.

"Suspek yang ditahan kini direman selama 14 hari untuk siasatan di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” katanya.

Dalam pada itu, Noorzainy berkata, polis berjaya menahan seorang wanita warga Myanmar dan seorang kanak-kanak dipercayai terlibat kejadian kecurian telefon bimbit di sebuah premis menjual gajet itu di Penang Sentral.

Artikel Berkaitan:

“Hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kedai tersebut mendapati kelibat seorang wanita bersama seorang kanak-kanak masuk ke kedai dan kanak-kanak tersebut mengambil telefon bimbit yang diletakkan di atas meja kaunter kedai.

"Tangkapan suspek berusia 20-an itu dilakukan sebelum pilis berjaya merampas sebuah telefon bimbit berjenama Oppo daripadanya. Dia dibawa ke IPD Seberang Perai Utara untuk disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan,” katanya.