Dua lelaki ditahan, polis rampas 6,000 pil disyaki dadah

Pil yang disyaki dadah dirampas dalam sebuah kereta yang dinaiki dua lelaki.
Pil yang disyaki dadah dirampas dalam sebuah kereta yang dinaiki dua lelaki.
A
A
A

KOTA BHARU - Polis Kuala Krai menahan dua lelaki termasuk seorang warga Thailand dan merampas 600 pil disyaki dadah bernilai RM6,000.

Kedua-dua suspek berusia 26 tahun itu ditahan dalam sebuah kereta kira-kira jam 10.20 malam Sabtu di tepi Jalan Kuala Krai-Gua Musang.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Deputi Superintenden Kamarulzaman Harun berkata, pemeriksaan di dalam Proton Waja yang dinaiki menemui tiga bungkusan plastik berisi pil berwarna merah disyaki dadah.

Menurut beliau ujian awal saringan urin mendapati kedua-dua suspek yang juga bekerja sebagai buruh dan penoreh getah itu positif methamphetamine.

"Semakan mendapati kedua-dua suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

"Mereka kini ditahan direman selama tujuh hari sehingga 10 Jun 2023 untuk siasatan lanjut," katanya melalui kenyataan pada Ahad.

Tambah beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya.