X

Kindly register in order to view this article
!

Pengunjung serbu jualan gudang untuk al-Quran Tagging

Koleksi al-Quran tagging
A
A

SHAH ALAM - Koleksi al-Quran tagging terbitan Karya Bestari, Kumpulan Buku Karangkraf antara pilihan utama pengunjung sempena Jualan Gudang Akhir Tahun Karangkraf.

Editor Buku Karya Bestari, Ustaz Mohd Hasrul Wahab berkata, sambutan yang diterima sangat menggalakkan.

Menurutnya, kali ini ramai pengunjung memilih koleksi al-Quran tagging iaitu al-Quran Mu’jam (saiz A5) yang dijual pada harga RM95 senaskhah dan al-Quran Haramain Tagging (saiz B5) yang boleh didapati pada harga RM110 senaskhah.

“Koleksi al-Quran tagging ini terhad dan hanya boleh didapati di jualan gudang sahaja.

“Al-Quran ini sangat mudah untuk ditadabbur dan difahami kerana bertanda pada bahagian ayat al-Quran.

“Saranan saya kepada peminat koleksi al-Quran tagging ini supaya segera datang ke jualan gudang sebelum kehabisan stok. Setakat semalam (kelmarin) al-Quran Mu’jam (A5) sudah habis dijual,” katanya.

Sementara itu, Pakej Harga Giler! untuk buku latihan Bestari Karangkraf sangat berpatutan dan mendapat sambutan pengunjung Jualan Gudang Akhir Tahun Karangkraf di Seksyen 15 di sini bermula sejak 25 Oktober sehingga 3 November ini.

Timbalan Ketua Pegawai Operasi Bestari Karangkraf, Izzat Izhar Muhammad Nasir berkata, Pakej Kertas Model Peperiksaan Intensif UPSR pada harga RM10 untuk empat buku paling mendapat perhatian ibu bapa dan anak-anak.

Menurutnya, jualan gudang kali ini turut menampilkan buku Maya Lubuk, Peta Minda Genius Sains 4, 5, 6 dan 1, 2. 3 dipakejkan pada harga RM16.

"Orang ramai juga berpeluang mendapatkan pakej Kertas Klon UPSR pada harga RM16 untuk empat buku dan pakej Murah Giler! RM10 bagi lima buku Praktis Standard DSKP.

“Pakej Kertas Model Peperiksaan Intensif UPSR ini adalah untuk rujukan anak-anak dan sebagai persediaan kepada mereka untuk tahun depan,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Beliau berkata, pakej Harga Giler! yang ditawarkan kali ini lebih menarik dan berbeza berbanding tahun sebelumnya.

“Tiga lokasi yang disediakan iaitu di Studio F, Auditorium dan Lobi Karangkraf sesak dengan pengunjung yang hadir sejak pagi lagi,” katanya,

Izzat berkata, kelebihan buku Bestari Karangkraf ialah penghasilannya daripada tenaga pengajar yang mempunyai pengalaman dan pengetahuan luas dalam subjek terbabit.

“Kita ada penulis yang terdiri daripada penyedia kertas peperiksaan, guru pakar bidang untuk setiap subjek termasuk guru yang masih mengajar.

“Proses menyunting pula amat ketat sebelum sesebuah buku itu boleh dipasarkan bagi menjamin kualiti dan kesalahan yang minimum pada buku tersebut,” katanya.

Jualan Gudang Akhir Tahun Karangkraf di Seksyen 15 di sini bermula sejak 25 Oktober sehingga 3 November ini.
Jualan Gudang Akhir Tahun Karangkraf di Seksyen 15 di sini bermula sejak 25 Oktober sehingga 3 November ini.