Mangsa banjir di Kuala Selangor terus meningkat

Sebuah rumah dinaiki air selepas banjir melanda beberapa kawasan di daerah Kuala Selangor semalam.
Sebuah rumah dinaiki air selepas banjir melanda beberapa kawasan di daerah Kuala Selangor semalam.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Dua lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka semalam menjadikan jumlah keseluruhan mangsa banjir di daerah ini meningkat kepada seramai 293 penduduk membabitkan seramai 80 keluarga.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Penguasa Kanan Bomba I Hafisham Mohd Noor berkata, dua pusat pemindahan dibuka di Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Mahang dan SK Jaya Setia.

Menurutnya, seramai 164 mangsa daripada 46 keluarga ditempatkan di SK Parit Mahang manakala seramai 38 mangsa daripada 10 keluarga lagi dipindahkan ke SK Jaya Setia.

"Jumlah mangsa banjir di Dewan Orang Ramai MDKS (Majlis Daerah Kuala Selangor) Taman Desa Colfields pula kekal iaitu 91 mangsa daripada 24 keluarga," katanya.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, seramai 83 mangsa banjir membabitkan 23 keluarga di tiga kampung dipindahkan di PPS Dewan Orang Ramai MDKS Desa Coalfields.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Kuala Selangor, Kapten (PA) Shaiful Azril Zainal berkata, banjir melanda tiga kampung iaitu Kampung Merbau Indah, Kampung Sri Aman dan Kampung Sentosa.

Artikel Berkaitan: