Kedah usaha bayar hutang kerajaan Pusat


Mukhriz (kanan) berbual dengan Datuk Bandar Alor Setar, Datuk Mohd Zohdi pada Sidang DUN Kedah di Wisma Darul Aman semalam.
Mukhriz (kanan) berbual dengan Datuk Bandar Alor Setar, Datuk Mohd Zohdi pada Sidang DUN Kedah di Wisma Darul Aman semalam.
A
A
A

ALOR SETAR - Kerajaan Kedah sentiasa berusaha menyelesaikan bebanan hutang lebih RM2.686 bilion kepada kerajaan Pusat.

Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, hutang berkenaan melibatkan empat jenis pinjaman sehingga September lalu.

Menurutnya, hutang terbanyak ialah jenis pinjaman bekalan air sebanyak lebih RM1.830 bilion diikuti RM416,219,346.17 (pelbagai), RM269,147,765.60 (Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah) dan RM170,622,331.67 (Perumahan Awam Kos Rendah).

“Jumlah yang perlu dibayar kerajaan Kedah setiap tahun mengikut jadual bayaran balik yang ditetapkan ialah sebanyak RM133,705,668.82.

“Bagaimanapun pembayaran balik hutang terbabit dibuat berdasarkan kemampuan kewangan kerajaan negeri,” katanya pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah Ke-14 di Wisma Darul Aman di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas soalan lisan Mohd Isa Shafie (Pas-Belantek) berhubung hutang kerajaan negeri kepada kerajaan Pusat sehingga September lalu dan cara bayaran balik hutang itu.

Mukhriz berkata, tidak dinafikan kebiasaannya memang wujud jadual bayaran balik yang ditetapkan untuk kerajaan negeri menjelaskan kepada kerajaan Persekutuan.“Bagaimanapun, pembayaran balik hutang tidak mengikut tempoh jadual ditetapkan bukanlah perkara pelik memandangkan semua negeri juga berhutang dengan kerajaan Persekutuan termasuklah negeri-negeri kaya,” katanya.

Katanya, walaupun adakalanya jadual bayaran balik tidak dapat dipatuhi, kerajaan Persekutuan masih terbuka apabila bersedia untuk mempertimbangkan pinjaman baharu.

Artikel Berkaitan:

"Kerajaan Kedah sangat bertanggungjawab dalam usaha mengurangkan jumlah hutang yang ada," katanya.