JKM cari ibu kandung bayi perempuan ditemui di tandas

Bayi yang kini berusia dua bulan ditemui masih bertali pusat di sebuah tandas di Sungai Dua pada November tahun lalu.
Bayi yang kini berusia dua bulan ditemui masih bertali pusat di sebuah tandas di Sungai Dua pada November tahun lalu.
A
A
A

KEPALA BATAS - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sedang mengesan ibu kandung dan waris kepada seorang bayi perempuan yang ditemui dalam keadaan masih bertali pusat di Sungai Dua pada 13 November tahun lalu.

Penolong Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Norizzati Rosli berkata, bayi berusia dua bulan itu ditemui di sebuah tandas dalam keadaan memerlukan perhatian segera.

Menurutnya, bayi berkenaan kemudiannya dibawa ke Hospital Seberang Jaya bagi mendapatkan rawatan lanjut.

“Permohonan Pengecualian Seksyen 15(3) Akta Kanak-Kanak 2001 telah diluluskan bagi tujuan siaran media untuk mengesan ibu kandung atau waris kanak-kanak terbabit.

"Sehubungan itu, waris atau orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung ibu bapa kandung bayi berkenaan diminta tampil membantu siasatan," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Tambahnya, orang ramai boleh menghubungi Pelindung Kanak-Kanak Daerah SPU di talian 04-575 8715 atau menerusi emel izzatirosli@jkm.gov.my.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • JKM sedang mencari ibu kandung dan waris bayi perempuan ditemui di Sungai Dua
  • Bayi itu berumur dua bulan dan ditemui dalam tandas memerlukan perhatian segera
  • Bayi tersebut dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk rawatan lanjut
  • Pengecualian Seksyen 15(3) Akta Kanak-Kanak 2001 diluluskan untuk siaran media mencari waris
  • Orang ramai dengan maklumat diminta tampil membantu siasatan melalui talian atau emel Pelindung Kanak-Kanak Daerah SPU

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!