Hashim perlu pemantauan rapi, doktor tidak benarkan pelawat

Hashim kini dirawat di HPP dan keadaannya dilaporkan kurang stabil.
Hashim kini dirawat di HPP dan keadaannya dilaporkan kurang stabil.
A
A
A

GEORGE TOWN – Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin, 87, kini sedang menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas keadaan kesihatannya dilaporkan kurang stabil.

Setiausaha Pas Pulau Pinang, Iszuree Ibrahim berkata, buat masa ini pihak doktor tidak membenarkan sebarang pelawat untuk menziarahi beliau.

“Semalam anak beliau memaklumkan melalui WhatsApp, doktor tidak membenarkan pelawat kerana keadaan kesihatan beliau masih memerlukan pemantauan rapi.

"Jika ada sebarang perkembangan terkini, kami akan maklumkan dari semasa ke semasa,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.

Menurutnya, pihak keluarga memohon semua pihak mendoakan agar Hashim diberi kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan rawatan.

Beliau berkata, Pas Pulau Pinang akan terus memantau perkembangan kesihatan Hashim dan menghormati privasi keluarga sepanjang tempoh rawatan di hospital.

Terdahulu, anak beliau, Husna Hashim membuat luahan menyentuh hati dan memohon doa orang ramai terhadap bapa kesayangannya yang kini sedang menerima rawatan di HPP.

Husna meluahkan perkara tersebut menerusi perkongsian di TikTok yang memaklumkan bapanya beberapa kali menyuarakan hasrat untuk pulang dan berehat.

Dalam video berasingan di akaun TikTok Husna, beliau memaparkan Hashim yang menerima rawatan di Hospital Tuanku Fauziah dipindahkan ke HPP bagi menjalani rawatan lanjut.

Artikel Berkaitan:

Hashim dilantik sebagai Mursyidul Am Pas yang keempat pada 10 Oktober 2016 oleh Majlis Syura Ulama (MSU) Pas susulan pemergian Allahyarham Datuk Dr Haron Din pada 16 September tahun sama.

 

 

 

 

Ringkasan AI

  • Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin, 87, sedang dirawat di Hospital Pulau Pinang akibat keadaan kesihatan yang kurang stabil
  • Pihak doktor tidak membenarkan sebarang pelawat untuk menziarahi beliau demi pemantauan kesihatan
  • Pihak keluarga memohon doa dari semua pihak untuk kesembuhan Hashim Jasin
  • Pas Pulau Pinang akan memantau perkembangan kesihatan Hashim dan menghormati privasi keluarga
  • Hashim dilantik sebagai Mursyidul Am Pas pada 10 Oktober 2016

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!