Sembunyi ketum dalam kabin treler

Wan Nor (tiga dari kanan) memegang daun ketum yang dirampas oleh pihak JKDM Perlis.
Wan Nor (tiga dari kanan) memegang daun ketum yang dirampas oleh pihak JKDM Perlis.
A
A
A

PADANG BESAR - Misteri bayang-bayang guni pada bahagian kepala treler membawa kepada penemuan sejumlah 14 bungkusan plastik hitam dan empat guni daun ketum.

Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perlis, Wan Nor Wan Mamat berkata, penemuan tersebut turut membawa kepada penahanan seorang lelaki warga Thailand berusia 58 tahun dengan jumlah keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM210,000.

Menurutnya, lelaki berkenaan ditahan dalam satu pemeriksaan ketika sedang memandu keluar dari Depoh Kontena Padang Besar, menuju masuk ke Thailand.

"Bagaimanapun, percubaan menyeludup kali pertamanya membawa nahas apabila dia ‘kantoi’ sewaktu melintasi pemeriksaan pihak berkuasa," katanya dalam satu sidang media di Bangunan JKDM Perlis hari ini.

Terdahulu katanya, daun ketum berkenaan disembunyikan di ruang sebelah pemandu dan kabin di dalam treler berkenaan bertujuan menghalang pihak berkuatkuasa mengesyaki perbuatan terbabit berikutan ruang tersebut hanya digunakan untuk penumpang.

Menurut Wan Nor, suspek direman 15 hari bermula 23 Oktober hingga 6 November dan kes disiasat mengikut Seksyen 40(3) Akta Racun 1952.

Artikel Berkaitan: