Peniaga hanya mahu raih untung atas angin: Azlan

Azlan
Azlan
A
A
A

KANGAR - Kerajaan Perlis tidak pernah sesekali mengeluarkan tawaran sewaan premis untuk diberi, disewa mahupun dipajak kepada warga asing.

Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man sebaliknya menegaskan, kehadiran peniaga warga asing di sekitar Arked Niaga Padang Besar berpunca daripada sikap peniaga tempatan sendiri.

Menurutnya, peniaga-peniaga terbabit disifatkan hanya mahu meraih untung atas angin dengan 'mengalibabakan' kontrak kerajaan, sehingga membelenggu ekonomi rakyat tempatan.

"Tuduhan yang dilemparkan kononnya kerajaan negeri bersikap tidak adil kepada rakyat tempatan, jauh tersasar sama sekali, sebaliknya nasib mereka tidak akan berubah jika amalan ketirisan kontak tidak dihentikan segera," katanya.

Azlan berkata, tindakan peniaga tempatan yang menyewakan tapak kepada peniaga asing bukanlah fenomena baharu, sebaliknya sudah lama berlaku.

"Kita nak ambil tindakan macam mana sebab yang menyewa itu adalah pemiliknya. Sekarang warga asing dibenarkan berniaga di Malaysia asalkan mereka mempunyai lesen yang sah," katanya.

Terdahulu pada 20 Oktober Sinar harian melaporkan 90 peratus peniaga di Arked Niaga Padang Besar adalah rakyat Thailand.

Artikel Berkaitan: