Unjuran pendapatan duti hiburan tak masuk akal: ADUN Sungai Tiang

Suraya pada Sidang DUN Kedah Ke-14 di Wisma Darul Aman di sini hari ini.
Suraya pada Sidang DUN Kedah Ke-14 di Wisma Darul Aman di sini hari ini.
A
A
A

ALOR SETAR - Unjuran pendapatan duti hiburan yang diumumkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) didakwa tidak masuk akal.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tiang, Datuk Suraya Yaacob berkata, beliau mempersoalkan perkara terbabit memandangkan gambaran terbabit didakwa mengelirukan.

Katanya, kadar duti hiburan diturunkan daripada 25 peratus duti kepada hanya 7.5 peratus iaitu penurunan sebanyak 70 peratus untuk pengusaha taman tema di Langkawi.

"Kita merasakan perkara terbabit tidak logik memandangkan unjuran pendapatan digambarkan akan melonjak sehingga 600 peratus iaitu RM4.12 juta berbanding tahun 2019.

“Bagaimana, pengurangan 70 peratus boleh menghasilkan peningkatan pendapatan sehingga 600 peratus. Jadi timbul tanda tanya sama ada gambaran ini betul atau ianya hanyalah usaha memesongkan persepsi orang awam,"katanya pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah Ke-14 di Wisma Darul Aman di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain Suraya berkata, tindakan Kerajaan Kedah mewujudkan sebuah syarikat berkaitan pelancongan baharu dikenali sebagai Kedah Tourism Sdn Bhd turut dipersoalkan.

Menurutnya, persoalan terbabit dibangkitkan berikutan sebuah syarikat berkaitan pelancongan telah wujud di bawah Menteri Besar Incorporated (MBI) iaitu Kedah Aman Makmur Tourism Sdn Bhd sedangkan syarikat Kedah Aman Makmur Tourism Sdn Bhd berkenaan baru ditubuhkan pada hanya tahun sebelumnya sahaja.

"Bagaimanapun kerajaan negeri telah menyenaraikan syarikat Kedah Aman Makmur Tourism Sdn Bhd sebagai tidak aktif pada mesyuarat kedua penggal pertama DUN Kedah pada 14 Ogos lepas.

Artikel Berkaitan: