3,418 unit rumah siap tidak terjual di Kedah

498534
498534
A
A
A

ALOR SETAR - Faktor harga bukanlah penyebab sebanyak 3,418 unit rumah yang siap di beberapa daerah di Kedah didapati tidak terjual kepada orang awam sehingga suku pertama 2019.

Exco Industri dan Pelaburan,Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Tan Kok Yew berkata, faktor harga rumah bukanlah penyebab rumah itu tidak terjual, sebaliknya disebabkan isu lain seperti kesesuaian kawasan kediaman dan kemampuan rakyat mendapatkan pinjaman.

Beliau menjelaskan tiada definisi rumah mewah memandangkan ia relatif namun begitu lingkungan harga dikategorikan rumah mampu milik adalah kurang RM500,000 manakala kurang RM300,000 seunit untuk Kedah berdasarkan Dasar Perumahan Negara.

"Berdasarkan lingkungan harga itu sebanyak 3,418 unit rumah tidak terjual sehingga suku pertama tahun ini mengikut Pusat Maklumat Hartanah Negara Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harga Malaysia.

"Setakat ini kira-kira 1,735 rumah dalam lingkungan harga kurang RM300,000 ke bawah manakala 1,533 rumah (RM300,001 hingga RM500,000), 150 kediaman (RM500,001 hingga RM 1 juta) tidak terjual,"katanya ketika menjawab pertanyaan lisan pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah Ke-14 di Wisma Darul Aman di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas soalan Mohamad Yusoff Zakaria (Pas-Kuala Nerang) berhubung bilangan rumah mewah di Kedah yang telah siap dibina tapi belum dijual.

"Daripada jumlah itu, daerah Sungai Petani mencatatkan jumlah rumah siap tidak terjual tertinggi iaitu 2,947 unit, diikuti Baling (253), Kulim (82), Alor Setar (74), Kubang Pasu (45) dan Bandar Baharu (17),"katanya.

Beliau yang juga ADUN Derga berkata, tidak timbul persoalan untuk jual rumah yang dikatakan 'mewah' kepada warga asing susulan kita buka pilihan utama pelabur warga asing.

Artikel Berkaitan:

Menurut Kok Yew, bilangan unit kediaman yang siap namun tidak terjual di Kedah tidak banyak malah beliau tetap percaya bahawa rakyat tetap mampu membeli.