Singapura makanan 'street food' terbaik dunia

Nasi ayam hainan
Nasi ayam hainan
A
A
A

SINGAPURA dipilih menyajikan 'street food' terbaik di dunia dengan mengetepikan 50 bandar di seluruh dunia.

Berdasarkan majalah CEOWorld, ia menyenaraikan sebanyak 50 buah bandar di seluruh dunia yang mempunyai makanan jalanan atau 'street food' terbaik bagi pelancong dan pengembara.

Antara yang turut tersenarai ialah Seoul, Hong Kong, Los Angeles, Bangkok, Thailand, dan pelbagai lagi namun malangnya negara Malaysia tidak tersenarai dalam kelompok 50 terbaik.

Berdasarkan hasil kajian, pelancong dan pengembara perniagaan yang ditemu ramah bersetuju Singapura adalah bandar yang menyajikan 'street food' terbaik di dunia diikuti tempat kedua, Bangkok, Thailand, Hong Kong dan Ho Chi Minh, Vietnam, lapor Tripzilla.

Jika diperhatikan kepada senarai 20 negara menyajikan 'street food', negara Asia mendahului carta tertinggi.

1. Singapura

2. Bangkok, Thailand

3. Hong Kong

Artikel Berkaitan:

4. Ho Chi Minh, Vietnam

5. Mumbai, India

6. Rome, Italy

7. Tel Aviv, Israel

8. Sydney, Australia

9. Mexico City, Mexico

10. Portland, Amerika Syarikat

11. Dubai, UAE

12. Chicago, Amerika Syarikat

13. Seoul, Korea

14. Berlin

15. Paris

16. Istanbul, Turki

17. Los Angeles, Amerika Syarikat

18. Palermo, Italy

10. Tokyo, Jepun

20.New Orleans, Amerika Syarikat

Mungkin ada netizen tidak bersetuju dengan kedudukan ini kerana negara Asia kebanyakkan mempunyai persamaan makanan yang membezakan cara masakan mengikut daerah atau tempat.

Antara 'street food' ikonik di Singapura adalah nasi ayam hainan, roti prata, roti kaya dan laksa yang mana makanan ini turut terdapat di Malaysia dan negara Asia lain.