Kantoi jual barang tarikh luput di pasar malam

A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang peniaga berdepan hukuman selepas dipercayai menjual barangan yang sudah luput di pasar malam di Jalan Medan Midah, di sini hari ini.

Ketua Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kuala Lumpur, Azeem Nazuri berkata, peniaga yang menggunakan van untuk menjual pelbagai produk makanan dan kesihatan itu ditahan untuk siasatan mengikut Akta Perihal Dagangan 2011.

Menurutnya, 223 unit barangan membabitkan pelbagai produk seperti syampu, produk mayonis dan kacang, minyak rambut dan pewangi badan dirampas ketika operasi kira-kira jam 6 petang itu.

"Kita sudah merekodkan keterangan peniaga berusia 59 tahun itu. Nilai rampasan dianggarkan nilai RM1,115," katanya.

Beliau memberitahu, KPDNHEP Kuala Lumpur turut menggempur sebuah gerai menjual cakera padat digital (DVD) cetak rompak di pasar malam terbabit.

"Sebanyak 832 unit DVD pelbagai tajuk dirampas dengan nilai dianggarkan RM4,160. Usaha mengesan peniaga terbabit masih dijalankan selepas dia melarikan. Kes disiasat di bawah Akta Hak Cipta 1987," katanya.

Artikel Berkaitan: