Syafiq sambar podium utama CP115

Syafiq julang nama Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor di Litar Lumba Tangkak petang tadi.
Syafiq julang nama Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor di Litar Lumba Tangkak petang tadi.
A
A
A

PELUMBA pasukan Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor, Md Syafiq Rosli muncul juara kelas CP115 pada Pusingan 8 Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas yang berakhir di Litar Lumba Tangkak, Johor petang tadi.

Tempat kedua menjadi milik pelumba pasukan Idemitsu Honda Yuzy Racing, Md Aiman Azman manakala tempat ketiga berada dalam genggaman Md Firdaus Md Hamdan (ELF Koyoko Honda KC Racing Team).

Pendahulu kelas CP115, Ahmad Syukran Aizat Md Yusoff (Petronas Sprinta Yamaha-CKJ Racing) sekadar menamatkan perlumbaan di tempat keenam, namun ia sudah cukup buat pelumba asal Terengganu itu untuk mengekalkan statusnya selaku pemimpin carta keseluruhan dengan 135 mata.

“Ia perlumbaan yang sangat sengit kerana semua pelumba saling mencabar antara satu dengan yang lain. Saya telah bekerja keras sepanjang perlumbaan tersebut dan bernasib baik kerana keadaan jentera semakin mantap ketika perlumbaan menghampiri penamat.

“Terima kasih kepada seluruh anggota pasukan yang telah menyediakan jentera terbaik buat saya,” kata Syafiq yang menamatkan 12 pusingan perlumbaan tersebut dengan catatan masa 11:40.204 saat (s).

Dalam pada itu, juara keseluruhan perlumbaan ‘one-make race’, Cabaran Honda Dash 125 musim ini sah menjadi milik Md Farid Hakimi Farid Sezli dari Selangor.

Kedudukan Farid yang kini sudah mengumpul 185 mata sukar digugat oleh para pencabarnya kerana baki saingan musim ini masih ada dua pusingan lagi untuk diharungi.

Artikel Berkaitan: