APMM tahan bot pukat tunda ceroboh kawasan larangan

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
A
A
A

LANGKAWI - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kedah dan Perlis menahan sebuah bot nelayan tempatan kelas C kelmarin kerana disyaki menceroboh kawasan larangan kira-kira 7.2 batu nautika tenggara Pulau Timun, Langkawi.

Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis Laksamana Pertama (M) Rozali Mohd Said berkata, seorang tekong bersama dua awak-awak warga Malaysia dan Thailand berumur lingkungan 23 hingga 50 tahun turut ditahan untuk siasatan.

“Pemeriksaan mendapati bot nelayan tersebut disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 Seksyen 8 (b) kerana melanggar syarat lesen iaitu menangkap ikan kurang 15 batu nautika dari pantai," katanya.

Rozali berkata, pemilik bot nelayan tempatan diingatkan menjalankan aktiviti menangkap ikan dengan mematuhi syarat lesen.

Beliau berkata, bot yang membawa 70 kilogram ikan campur itu dibawa ke Jeti APMM Bukit Malut untuk tindakan lanjut.

Tambah Rozali, sekiranya terdapat sebarang kecemasan atau kegiatan yang mencurigakan di laut boleh hubungi talian MERS 999 atau Pusat Operasi Pejabat Maritim Negeri Kedah dan Perlis ditalian 04-9662750.

Artikel Berkaitan: