Nahas bas di Turki: Kedutaan Turki di Malaysia ucap takziah

Seramai 35 kakitangan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dalam perjalanan dari Pamukkale ke Cappadocia. - Foto Bernama
Seramai 35 kakitangan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dalam perjalanan dari Pamukkale ke Cappadocia. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kedutaan Turki di Malaysia hari ini menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga kakitangan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang terbunuh dalam nahas jalan raya di Turki semalam.

Ucapan takziah turut dizahirkan kepada keluarga 10 kakitangan PKNS yang cedera dalam kejadian itu.

Menurut kedutaan, pihaknya kini sentiasa memantau perkembangan terkini serta berhubung dengan PKNS, Kedutaan Malaysia di Ankara dan hospital di mana mangsa cedera dirawat.

"Kami menerima maklumat terkini daripada pelbagai pihak," kata kedutaan kepada Bernama menerusi WhatsApp di sini.

Mereka yang cedera diberikan penjagaan terbaik di hospital awam dan swasta sementara pelancong yang tidak memerlukan rawatan, penginapan turut disediakan.

Nahas berlaku di Afyonkarahisar, terletak kira-kira 300 kilometer dari Ankara, meragut satu nyawa manakala 10 lagi cedera termasuk empat dilaporkan parah. - Bernama

Artikel Berkaitan: