Tarif air di Selangor akan diumum bila tiba masanya, kata Amirudin

Amirudin (kiri) pada Majlis Pelancaran ‘Be A Water Conservation Warrior Kempen Jimat Air, di Padang Awam Batu Caves di sini hari ini. - Foto Sinar Harian/ROSLI TALIB
Amirudin (kiri) pada Majlis Pelancaran ‘Be A Water Conservation Warrior Kempen Jimat Air, di Padang Awam Batu Caves di sini hari ini. - Foto Sinar Harian/ROSLI TALIB
A
A
A

BATU CAVES - Kadar tarif baharu air Selangor akan diumumkan apabila tiba masanya, kata Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari.

Amirudin berkata, perkara itu akan diputuskan selepas perbincangan dengan kerajaan Pusat dimuktamadkan.

"Belum ada (perkembangan). Kalau ada kita akan umumkan. Saya janji kita umum, kita umumkan apabila tiba masanya.

"Ada baiknya tarif air itu dilakukan serentak dengan kerajaan pusat namun air masih di bawah bidang kuasa kerajaan negeri, kita akan lihat kesesuaiannya," katanya selepas Majlis Pelancaran ‘Be a Water Conservation Warrior’ Kempen Jimat Air di Padang Awam di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Suhaimi Kamaralzaman.

Jun lalu, Amirudin memaklumkan yang kerajaan negeri masih menunggu keputusan kerajaan pusat berhubung kadar tarif air di negeri itu.

Bagaimanapun, Amirudin memberi jaminan kadar baharu itu adalah mengikut kesesuaian dengan kemampuan rakyat.

Tarif air semasa di Selangor adalah pada kadar RM1.39 semeter padu sejak 2006.

Artikel Berkaitan:

Dalam perkembangan sama, Amirudin bercadang memperkenalkan insentif baharu sebagai membudayakan penjimatan air dalam masyarakat pada Belanjawan 2020 Selangor.

“Mungkin saya boleh tengok beberapa fokus dalam belanjawan nanti supaya ada insentif tambahan dan sebagainya untuk galakkan penjimatan air.

"Pertandingan poster dan video menawarkan hadiah sehingga RM200,000 oleh Air Selangor adalah usaha galakkan jimat air supaya menjadi satu budaya dalam komuniti dan masyarakat,” katanya.