Polis sambut pelajar di pintu pagar sekolah

Pegawai polis dari IPD Ipoh sedia menunggu menyambut kehadiran pelajar SMK Kampung Pasir Puteh yang memulakan sesi persekolahan, hari ini.
Pegawai polis dari IPD Ipoh sedia menunggu menyambut kehadiran pelajar SMK Kampung Pasir Puteh yang memulakan sesi persekolahan, hari ini.
A
A
A

IPOH - Hari pertama persekolahan 2019 bagi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampung Pasir Puteh di sini, hari ini berlainan apabila sepasukan pegawai polis beratur menyambut kehadiran pelajar.

Kehadiran pasukan berseragam biru itu adalah sebahagian Program 3S (senyum, sapa, salam) anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Kinta dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh dalam membentuk hubungan teraputik sebagai galakan pelajar datang ke sekolah.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby berkata, hubungan yang terjalin antara polis dan pendidik adalah antara usaha mendidik pelajar supaya menjadi modal insan yang berjaya.

“Pertemuan dengan lebih 500 pelajar itu menjadi kesempatan terbaik untuk menasihatkan pelajar lebih berdisiplin, mematuhi peraturan sekolah dan menekankan supaya tidak terlibat kes seperti vandalisme dan penggunaan telefon bimbit serta laman sosial yang boleh mengundang perbuatan jenayah dan penipuan.

Perhimpunan pertama pelajar SMK Kampung Pasir Puteh diserikan dengan tip keselamatan dan nasihat yang disampaikan Mohd Ali.
Perhimpunan pertama pelajar SMK Kampung Pasir Puteh diserikan dengan tip keselamatan dan nasihat yang disampaikan Mohd Ali.

“Perbuatan buli dan peras ugut turut dipandang serius kerana kedua-dua perlakuan itu boleh membawa kecederaan dan kematian. Begitu juga dengan perbuatan merokok dan hidu gam yang perlu dipantau selalu,” katanya.

Mohd Ali berkata, sekolah disarankan untuk tidak menyembunyikan sebarang kes salah laku pelajar selain guru perlu memanfaatkan kehadiran Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) yang juga pegawai polis.

“Pegawai PPS akan hadir dua kali sebulan bagi membentuk komunikasi dua hala antara pihak sekolah dan membincangkan isu keselamatan, jenayah dan sebagainya.

Artikel Berkaitan:

“Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) atau sekolah boleh melibatkan polis dalam program mereka supaya kita dapat beri pandangan,” katanya.