Lanno Valley diarah tutup bagi tujuan keselamatan - MDBG

Kawasan ekopelancongan berasaskan gua batu kapur, Lanno Valley dekat sini diarahkan tutup pada 20 April lepas berikutan isu keselamatan.
Kawasan ekopelancongan berasaskan gua batu kapur, Lanno Valley dekat sini diarahkan tutup pada 20 April lepas berikutan isu keselamatan.
A
A
A

IPOH - Kawasan ekopelancongan berasaskan gua batu kapur, Lanno Valley dekat sini diarahkan tutup pada 20 April lepas berikutan isu keselamatan.

Yang Dipertua Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG), Mohamad Razif Ramli berkata, hasil pemantauan mendapati lokasi itu diusahakan bagi tujuan pelancongan dan rekreasi, namun landskap kawasan berkenaan dikelilingi aktiviti kuari yang aktif dalam radius kurang dari 600 meter.

Beliau berkata, pengunjung juga perlu melalui jalan sama dengan jentera aktiviti pengkuarian selain harus berlindung di kawasan lebih jauh semasa aktiviti letupan kuari batu kapur berlangsung, sekali gus memberi risiko keselamatan yang besar kepada pengusaha dan pengunjung.

"MDBG telah mengeluarkan notis untuk menghentikan pemajuan serta arahan mengembalikan semula keadaan tanah seperti asal di lokasi selaras dengan perundangan yang sedang berkuat kuasa," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Mohamad Razif memaklumkan tiada permohonan diterima oleh MDBG bagi tujuan kebenaran merancang dan syarat nyata tanah masih berstatus tanaman komersial (getah).

Katanya, tiada sebarang kebenaran pengoperasian oleh pihak berkuasa dikeluarkan dalam tempoh itu. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: