Pengamal perubatan tradisional Melayu bukan bomoh

Dr Baharudin bersama ahli-ahli akademik pada Wacana Atma Etno Sains Perubatan Alam Melayu, Kaedah Rawatan Efektif Pesakit Positif yang diadakan bertempat Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM) semalam.
Dr Baharudin bersama ahli-ahli akademik pada Wacana Atma Etno Sains Perubatan Alam Melayu, Kaedah Rawatan Efektif Pesakit Positif yang diadakan bertempat Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM) semalam.
A
A
A

PUCHONG - Pengamal perubatan tradisional Melayu bukan bomoh sebaliknya mereka merawat menggunakan kaedah perubatan alternatif yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam.

Presiden Pertubuhan Sentuhan Kasih Al Qalam Malaysia, Datuk Seri Dr Baharudin Abu berkata, perubatan tradisional Melayu merupakan perubatan yang diwarisi sejak zaman berzaman dan ia tidak langsung bertentangan dengan ajaran Islam.

"Masyarakat ramai yang keliru dengan perubatan tradisional Melayu, sebut sahaja pengamal perubatan tradisional Melayu orang akan kaitan dengan bomoh, walhal ia tidak berkaitan.

"Perubatan tradisional Melayu merupakan warisan berzaman yang mana ia merupakan kaedah alternatif rawatan menggunakan ayat suci al-Quran, dan masa sama dipraktikkan juga dengan penggunaan tumbuhan herba yang terdapat kira-kira 13,00 jenis," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, perubatan tradisional Melayu merupakan satu kaedah perubatan alternatif pelengkap kepada perubatan moden.

"Dalam soal ini, tidak timbul isu bersaing dengan perubatan moden, namun saya nak tegaskan bahawa perubatan tradisional Melayu ia saling melengkapi.

"Kadangkala ada di antara penyakit yang tidak dapat diubati dengan perubatan moden namun dengan izin ALLAH, ia dapat diubati dengan kaedah rawatan tradisional," katanya.

Jelasnya, kebanyakan pengamal perubatan tradisional Melayu juga terdiri daripada golongan profesional.

Artikel Berkaitan:

"Ada di antara mereka berkecimpung dalam perubatan moden turut mempunyai kemahiran dalam bidang perubatan tradisional Melayu.

"Kita tidak gunakan keris, kemenyan dan beberapa bahan yang selalunya disalah tafsirkan oleh masyarakat, namun apa yang kita praktikkan adalah doa, ayat suci al-Quran dan juga tumbuhan seperti sirih, serai wangi dan beberapa tumbuhan lain," katanya.

Mengulas lanjut mengenai Wacana Atma Etno Sains Perubatan Alam Melayu, Kaedah Rawatan Efektif Pesakit Positif yang diadakan bertempat Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM) semalam, katanya, program ini diadakan secara langsung berdiskusi soal perubatan Alam Melayu bersama golongan akademik.

"Alhamdulillah, seramai 60 peserta terdiri daripada ahli akademik hadir dalam wacana ini dan kita membincangkan dan menerangkan tentang perubatan Alam Melayu.

"Dan apa yang diadakan ini merupakan agenda awal sebelum Konvensyen Perubatan Melayu dan Komplementari di Universiti Kebangsaan Malaysia pada 14 hingga 15 Disember ini.

Dalam pada itu, Baharudin turut meuar-uarkan mengenai Konvensyen Perubatan Melayu dan Komplementari di Universiti Kebangsaan Malaysia pada 14 hingga 15 Disember ini.

Katanya, konvensyen julung kali itu diadakan melalui kerjasama Institut Alam dan Tamadun Islam serta Pertubuhan Perubatan Melayu Malaysia dengan beberapa pertubuhan lain.

"Konvensyen itu akan menyediakan landasan kepada pengamal dan orang awam untuk berbincang, berinteraksi serta membina jaringan khususnya dengan peserta dari luar negara, ia sekali gus bagi memartabatkan profesionalisme perubatan tradisional selaras dengan Akta Perubatan Tradisional dan Komplementari 2016 (Akta 775).

"Mesyuarat bagi membincangkan Konvensyen Perubatan Melayu dan Komplementari yang akan berlangsung pada 14 hingga 15 Disember ini di Universiti Kebangsaan Malaysia, konvensyen ini bakal menghimpunkan pengamal perubatan tradisional dan pengamal perubatan moden dari seluruh negara dan juga penyertaan dari negara serantau," katanya.