Pelakon wanita positif tiga jenis dadah, ditahan di bilik VIP

Pelakon wanita yang membintangi drama kepolisan terkenal ditahan ketika berhibur di sebuah pusat hiburan di Raja Chulan di sini pada Selasa. Gambar hiasan.
Pelakon wanita yang membintangi drama kepolisan terkenal ditahan ketika berhibur di sebuah pusat hiburan di Raja Chulan di sini pada Selasa. Gambar hiasan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pelakon wanita yang membintangi drama kepolisan terkenal ditahan ketika berhibur di sebuah pusat hiburan di Raja Chulan di sini pada Selasa.

Serbuan Op Noda itu dijalankan Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur bersama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi jam 3.15 pagi ini.

Menurut sumber, pelakon wanita itu yang juga pernah menyertai rancangan realiti nyanyian ditahan di dalam salah satu bilik VIP bersama beberapa individu lain.

"Ujian saringan awal ke atas pelakon berusia 40 tahun terbabit mendapati positif amphetamine, methamphetamine dan ketamin.

"Hasil pemeriksaan juga mendapati premis terbabit gagal mengemukakan lesen perniagaan yang sah," katanya.

Sumber berkata, dalam serbuan itu seramai 14 orang ditahan terdiri penjaga premis, tujuh lelaki dan enam wanita.

"Difahamkan ketika serbuan juga ada yang mempunyai rekod jenayah lampau dan masih dikehendaki.

"Premis terbabit juga menjual minuman keras tanpa lesen dan kesemua mereka kemudian dibawa ke IPD Dang Wangi untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Terdahulu media melaporkan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sazalee Adam mengesahkan penahanan itu.

Artikel Berkaitan:

"Saya sahkan (penahanan) dan masih dalam siasatan," katanya ringkas ketika dihubungi.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!