Aduhai nasib si penghantar makanan

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SEMALAM adalah hari paling sibuk dalam minggu ini buat Merak Jalanan sampai waktu makan pun terlajak beberapa kali.

Mujurlah ada perkhidmatan penghantaran makanan, jadi jari jemari ini laju memicit punat telefon sambil membuat pesanan.

Tak sampai 20 minit, pesanan tadi sampai. Sewaktu menghantar makanan, cuaca panas terik.

Si penghantar makanan masih tersenyum dan tutur katanya amat baik sekali namun di hujung keningnya Merak Jalanan jelas nampak peluhnya mula mengalir deras.

Kasihan melihat anak muda ini tetapi Merak Jalanan rasa bangga kerana golongan ini rajin bekerja dan tidak memilih kerja demi kelangsungan hidup.

Merak Jalanan rasa sakit hati apabila membaca berita pihak yang mempunyai kuasa hanya mementingkan keuntungan sampai menteri pun buat teguran.

Baru-baru ini, kemelut syarikat perkhidmatan penghantaran makanan Foodpanda Malaysia dan penghantar makanan mereka tercetus selepas syarikat itu melaksanakan skim pembayaran baharu bermula pada 30 September lalu.

Bayaran bekerja mengikut jam dimansuhkan dengan menggantikan bayaran setiap pesanan dinaikkan antara RM4.50 hingga RM7 berkuat kuasa kepada semua penunggang di luar Lembah Klang.

Artikel Berkaitan:

Pengarah Urusannya, Sayantan Das berkata, penghantar yang tidak mahu bekerja perlu memberikan atau menukarkan syif mereka kepada penghantar lain supaya tidak menjejaskan pendapatan mereka.

“Jika awak (penghantar) tidak mahu kerja, tolong berikan atau tukar syif awak kepada penghantar lain sebab awak menjejaskan kehidupan mereka,” katanya dalam sesi taklimat di Kuala Lumpur.

Bermula 1 hingga 3 Oktober lalu, penghantar makanan Foodpanda berpakat mengadakan mogok besar-besaran dan mengadakan dialog bersama Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Kata Syed Saddiq, sesebuah syarikat korporat dapat dibangunkan dan dijatuhkan pekerjanya, ia juga boleh berlaku pada Foodpanda yang dibangunkan bersama pekerja dan pelanggan.