Baik membujang sampai tua daripada tanggung biawak hidup

Gambar hiasan. Foto 123RF
Gambar hiasan. Foto 123RF
A
A
A

MERAK Jalanan ada terbaca di media sosial mengenai luahan beberapa orang gadis yang sudah menetapkan prinsip hendak membujang sampai tua.

Bagi mereka, itu adalah pilihan yang lebih baik setelah menyaksikan banyak kemudaratan yang berlaku di keliling mereka apabila rakan-rakan yang sudah berumah tangga hidup menderita.

Kata mereka, ada yang menjadi mangsa dera, ada juga habis berpuluh ribu majlis kahwin tapi tak sampai dua bulan kahwin sudah bercerai.

Ada juga teraniaya dapat suami pemalas, tak matang, scammers, curang dan macam-macam lagi kisah negatif.

Bagi mereka dengan kerjaya sedia ada yang stabil, hidup adalah lebih indah tanpa suami.

Mereka boleh ke mana-mana sahaja untuk melancong, membeli-belah dan berbakti kepada kedua ibu bapa tanpa sebarang kekangan.

Di alam nyata, Merak Jalanan sempat berbual dengan beberapa anak gadis kenalan ketika mereka berkunjung ke rumah terbuka Aidilfitri minggu lalu.

Ketika berbual topik yang sama diutarakan iaitu lebih baik membujang.

Artikel Berkaitan:

Mereka takut untuk berumah tangga setelah menyaksikan konflik melibatkan kenalan termasuk adik-beradik sendiri.

Ditambah pula dengan kemampuan wanita berkerjaya yang boleh berdikari tanpa memerlukan lelaki, maka keperluan untuk berumah tangga makin menjauh.

Walaupun ia hak masing-masing, Merak Jalanan berpandangan isu ini perlu dilihat dari sudut yang lebih mendalam.

Perkahwinan tidak boleh dilihat sebagai fasa kehidupan yang boleh menyebabkan hidup seseorang itu menjadi lebih buruk.

Ia sepatutnya dapat menjadikan pasangan itu lebih berjaya kehidupannya di dunia dan akhirat.

Maka, segala kelompangan berkaitan institusi perkahwinan perlu dikaji punca dari akarnya supaya isu negatif berkaitan institusi itu dapat dikurangkan.

Kami kini di WhatsApp! Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28