Pelik orang Malaysia tidak pandai berbahasa Melayu

Seorang anak lelaki mendakwa ibunya tidak dibenarkan untuk memperbaharui pasport di UTC Komtar, Pulau Pinang kerana tidak pandai berbahasa Melayu. Foto hiasan 123RF
Seorang anak lelaki mendakwa ibunya tidak dibenarkan untuk memperbaharui pasport di UTC Komtar, Pulau Pinang kerana tidak pandai berbahasa Melayu. Foto hiasan 123RF
A
A
A

SEMALAM kecoh di aplikasi sosial X yang mendedahkan luahan seorang anak lelaki yang mana mendakwa ibunya tidak dibenarkan untuk memperbaharui pasport di UTC Komtar, Pulau Pinang.

Dakwa lelaki itu di Facebooknya, kakitangan Jabatan Imigresen tidak mahu memperbaharui pasport itu kerana ibunya tidak pandai berbahasa Melayu.

Mempertahankan ibunya, lelaki itu kata ibunya menghadapi masalah sebab kebolehan dalam bahasa Melayu terhad kerana tidak bersekolah.

Aduh...bingung kepala Merak Jalanan baca luahan si lelaki itu yang turut mendapat kecaman daripada warganet Malaysia pelbagai bangsa.

Merak Jalanan hairan, sungguhpun tidak bersekolah dan bukan kaum Melayu sekalipun, takkan langsung tidak pandai bahasa Melayu?

Seingat Merak Jalanan, kejadian seumpama itu pernah berlaku terhadap seorang wanita yang berkongsi pengalaman memperbaharui pasport bersama anaknya di UTC Johor pada penghujung tahun 2023.

Wanita itu mendakwa diherdik seorang kakitangan lelaki di pejabat Imigresen kerana tidak fasih berbahasa Melayu ketika mahu memperbaharui pasport anak perempuannya.

Mujur Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mempertahankan kakitangan berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Katanya, tindakan diambil pegawai itu berkemungkinan kerana wujudnya unsur syak wasangka status kewarganegaraan individu berkenaan apabila tidak fasih berbahasa kebangsaan.

Jadi sama juga situasi yang berlaku di Pulau Pinang itu. Mungkin wujud elemen syak wasangka oleh kakitangan Jabatan Imigresen terbabit.

Mana mungkin sudah lahir di Malaysia langsung tidak pandai berbahasa Melayu. Jiran depan rumah Merak Jalanan yang warga Pakistan pun pandai berbahasa Melayu. Setiap hari dia akan sapa: “Assalamualaikum abang. Sihat?”

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!