X

Kindly register in order to view this article
!

India tarik balik larangan perjalanan ke Kashmir

Tentera India berkawal di sekitar wilayah Kashmir. - Foto AFP
A
A

SRINAGAR - India akan menarik balik nasihat perjalanan ke Kashmir Khamis ini iaitu dua bulan selepas kerajaan melancarkan tindakan tegas keselamatan sebelum membatalkan status khas wilayah berkenaan.

Ribuan pelancong dari seluruh dunia meninggalkan wilayah pertikaian itu pada awal Ogos lalu selepas pihak berkuasa mengeluarkan amaran keselamatan berhubung kemungkinan serangan kumpulan militan yang didakwa disokong Pakistan.

Perkhidmatan telefon dan internet turut digantung dan gerakan awam terhad di sesetengah kawasan dalam usaha untuk menghalang protes.

Meskipun pelancong dibenarkan kembali ke wilayah itu, namun Britain dan beberapa negara lain masih menasihatkan rakyatnya supaya tidak membuat perjalanan ke Jammu dan Kashmir yang menyaksikan sekurang-kurangnya 10 orang cedera dalam serangan bom tangan hujung minggu lalu.

Sementara itu pengendali pelancongan memberitahu, mereka mengalami penurunan jumlah pelawat yang ketara pada hujung Ogos lalu. - Agensi

ARTIKEL BERKAITAN: Lima fakta penting krisis Kashmir


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!