Ahli Parlimen Indonesia bangga tayang tiga isteri

Achmad membawa ketiga-tiga isterinya ketika majlis mengangkat sumpah pada minggu lalu. -Foto Agensi
Achmad membawa ketiga-tiga isterinya ketika majlis mengangkat sumpah pada minggu lalu. -Foto Agensi
A
A
A

JAKARTA - Achmad Fadil Muzakki Syah yang mengangkat sumpah jawatan sebagai ahli Parlimen baharu Indonesia pada Selasa lalu mencetuskan 'fenomena' apabila beliau hadir di majlis itu bersama tiga isterinya.

Gambar Achmad, 39, menunjukkan tanda bagus dan dikelilingi ketiga-tiga isterinya turut menjadi tular selepas beliau dipercayai sebagai tokoh masyarakat pertama yang berbuat demikian.

Menurutnya, beliau berharap keluarganya boleh menjadi contoh bagaimana menjalani kehidupan poligami yang harmoni dan baik.

"Tidak perlu sorok, nikah siri (perkahwinan yang ikut norma agama, namun tidak diiktiraf oleh negara) atau terlibat dalam skandal," katanya yang turut dikenali sebagai Lora Fadil.

Beliau juga tidak segan silu berkongsi rahsia bilik tidur dan selamba memberitahu media tempatan bahawa ketiga-tiga isterinya juga sering 'tidur bersama atas satu katil'.

Pandangan berani Achmad tentang poligami bagaimanapun dikecam aktivis wanita di negara itu yang menggelar ia sebagai 'memalukan' dan hanya akan menggalakkan lebih ramai lelaki di negara itu untuk mempunyai lebih daripada seorang isteri.

Achmad yang mewakili Parti Nasdem berkahwin dengan isteri pertamanya 22 tahun lalu dan perkahwinan kedua serta ketiga dilakukan dalam tempoh lapan tahun lalu.

Beliau turut dikurniakan tujuh cahaya mata. - Agensi

Artikel Berkaitan: