X

Kindly register in order to view this article
!

Macam tak percaya dapat jolokan Badang Beras!

Ahmad berjaya mengangkat 140kg beras pada Karnival Pesawah dan Hari Bertemu Pelanggan Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Pekan 2019 di Kampung Permatang Durian Merchong kelmarin.
A
A

KUANTAN - Seorang datuk kepada tiga cucu digelar Badang Beras selepas berjaya mengangkat 20 kampit beras seberat 140kg.

Kehebatan Ahmad Salleh, 57, itu terbukti pada Karnival Pesawah dan Hari Bertemu Pelanggan Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Pekan 2019 di Kampung Permatang Durian Merchong yang diadakan kelmarin.

Ahmad ketika ditemui mengakui terkejut dengan kebolehannya dan tidak menyangka penyertaan kali pertama kali itu membawa tuah kepada dirinya.

"Pak cik pun tidak tahu kenapa boleh angkat 90kg bebanan sehingga ke cabaran akhir dengan 140kg beras dengan bersaing dua peserta sahaja.

"Rasa macam mimpi sebab boleh angkat bebanan seberat itu. Syukur kepada ALLAH yang memudahkan urusan pak cik dalam pertandingan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Dia yang mengusahakan sawah seluas 25 hektar berkata, tiada sebarang petua diamalkannya sepanjang pertandingan itu, sebaliknya hanya tawakal kepada ALLAH.

"Pak cik biasa dengan kerja berat seperti mengangkat guni padi, tandan kelapa sawit dan baja.

"Jadi pakcik rasa ini juga salah satu faktor yang membolehkan pakcik memikul beras seberat 140kg," katanya.

Kejayaan itu membolehkan Ahmad membawa pulang sebanyak 35 kampit beras seberat 70kg dan dia berkongsi rezeki berkenaan bersama rakan dan keluarga.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!