Karnival Pendidikan Sinar Bestari tonjol konsep generasi digital

Meen Tahrin memberi taklimat ketika Majlis Pra Pelancaran Karnival Pendidikan Sinar Bestari di Kumpulan Karangkraf, Shah Alam pada Khamis.
Meen Tahrin memberi taklimat ketika Majlis Pra Pelancaran Karnival Pendidikan Sinar Bestari di Kumpulan Karangkraf, Shah Alam pada Khamis.
A
A
A

SHAH ALAM - Karnival Pendidikan Sinar Bestari (KPSB) anjuran Kumpulan Karangkraf mengetengahkan konsep memacu generasi digital bagi memberi peluang dan pendedahan kepada pelajar serta guru mengenai era baharu pendidikan.

Pengarah projek, Meen Tahrin berkata, melalui karnival terbesar di negeri Selangor itu, ibu bapa dan masyarakat dapat mengenali lebih dekat dengan dunia pendidikan berasaskan digital.

Para pelajar ketika hadir Majlis Pra Pelancaran Karnival Pendidikan Sinar Bestari di Kumpulan Karangkraf, di sini pada Khamis.
Para pelajar ketika hadir Majlis Pra Pelancaran Karnival Pendidikan Sinar Bestari di Kumpulan Karangkraf, di sini pada Khamis.

Katanya, para pengunjung terutama pelajar boleh menyertai pelbagai pertandingan ilmiah melalui penglibatan sekolah masing-masing.

"Pada masa sama, mereka juga berpeluang untuk melihat dan mengetahui pelbagai peranan agensi kerajaan dengan lebih dekat. Itu sudah pasti akan memberi kelainan dalam karnival pendidikan kali ini.

"Karnival yang berlangsung selama tiga hari ini bakal menampilkan aktiviti menarik kepada pengunjung.

"Oleh itu, orang ramai boleh mengunjunginya pada 8 hingga 10 September depan bermula pukul 9 pagi hingga 7 petang secara percuma," ujarnya.

Para guru ketika hadir Majlis Pra Pelancaran Karnival Pendidikan Sinar Bestari di Kumpulan Karangkraf, Shah Alam pada Khamis.
Para guru ketika hadir Majlis Pra Pelancaran Karnival Pendidikan Sinar Bestari di Kumpulan Karangkraf, Shah Alam pada Khamis.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pra Pelancaran Karnival Pendidikan Sinar Bestari di Kumpulan Karangkraf di sini pada Khamis.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Grup Sinar Karangkraf, Farah Hussamuddin dan Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, Zamri Rambli.

Tambah Meen, antara aktiviti yang akan diadakan adalah demo unit beruniform, pameran digital skill dan kerjaya serta 60 pempamer seperti Planetarium Negara, Farm Fresh, AirAsia Academy, Grup Buku Karangkraf, Petrosains selain Les'Copaque.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Grup Sinar Karangkraf, Farah Hussamuddin (dua dari kanan).
Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Grup Sinar Karangkraf, Farah Hussamuddin (dua dari kanan).

"Turut berlangsung SinarPlus Makan Fest, rumah hantu, uji bakat TV Pusat Sumber Sekolah serta zoo mini dan kereta kuda yang disediakan kepada orang ramai.

"Tidak ketinggalan persembahan silat dan program kids Quran Hour daripada pelajar-pelajar sekolah sekitar negeri Selangor," jelasnya.