Jual 3,000 keping petai dalam masa lima hari

Lumayan. Petai-petai berbuah lebat yang dipetik Nik Ali (kanan) dan rakannya, Wan Zonnum Al Masri Wan Aziz.
Lumayan. Petai-petai berbuah lebat yang dipetik Nik Ali (kanan) dan rakannya, Wan Zonnum Al Masri Wan Aziz.
A
A
A

KUALA KRAI - Percubaan seorang malim gunung yang sedang ‘bercuti’ kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkongsi gambar petai di laman sosialnya membuahkan hasil pulangan lumayan apabila dia berjaya menjual 3,000 keping dalam talian dalam tempoh lima hari.

Semuanya bermula, selepas pemuda tersebut berkongsi gambar petai yang dipetik daripada lima pohon miliknya yang berbuah lebat di kebun belakang rumah di Kampung Jelawang.

Menurut Nik Ali Nik Muhammad, 30, sebelum ini, pokok-pokok petai itu dipajakkan kepada pembeli kerana kekangan masa ketika berkhidmat sebagai pemandu pelancong di Gunung Stong.

Petai segar yang ditempah oleh pembeli dalam talian.
Petai segar yang ditempah oleh pembeli dalam talian.

“Akibat Covid-19 dan PKP, kami hilang punca pendapatan tetapi untung ada kebun petai yang ditanam oleh datuk lagi.

“Selepas kongsikan gambar petai di Facebook, saya terima banyak tempahan minta saya poskan kepada mereka terutama yang berada di luar Kelantan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

Menurut pemuda tersebut, para pembeli terdiri daripada pelanggan-pelanggannya ketika dia bertugas sebagai pemandu pelancong selain penduduk Kelantan yang tinggal di perantauan.

Artikel Berkaitan:

Bungkusan petai dan salak yang siap untuk diposkan kepada pembeli di seluruh Malaysia.
Bungkusan petai dan salak yang siap untuk diposkan kepada pembeli di seluruh Malaysia.

“Ramai juga pembeli dari Negeri Sembilan, Selangor, Johor, Penang, Kedah dan Melaka. Cabarannya, petai yang dibungkus akan cepat masak kerana mengambil sedikit masa untuk sampai ke tangan pembeli.

“Dalam tempoh lima hari, sejumlah 3,000 keping petai habis dijual malah ramai juga yang menghubungi untuk membeli secara borong tetapi ia sudah habis. Selain itu, saya juga poskan buah salak yang dijual secara maya,” katanya.

NIK ALI
NIK ALI

Menurut Nik Ali, pokok petai kategori tanaman bermusim dan berbuah setahun sekali. Dengan ketinggian pokok yang mencecah antara 20 hingga 30 meter katanya, memanjat pokok petai memerlukan kemahiran dan keberanian.

“Bagi mendapatkan petai, saya sendiri yang memanjatnya," katanya yang berharap pandemik Covid-19 segera berakhir kerana ia menjejaskan stamina para pendaki yang terhenti seketika.

Gambar kenangan Nik Ali Nik Muhammad, 30, ketika membawa klien mendaki Gunung Stong.
Gambar kenangan Nik Ali Nik Muhammad, 30, ketika membawa klien mendaki Gunung Stong.

Nik Ali Nik (kanan) dan rakan sekerja, Wan Zonnum Al Masri Wan Aziz,25, memanfaatkan waktu ‘bercuti’ PKP dengan bercucuk tanam.
Nik Ali Nik (kanan) dan rakan sekerja, Wan Zonnum Al Masri Wan Aziz,25, memanfaatkan waktu ‘bercuti’ PKP dengan bercucuk tanam.