Tunggu demam isu tanda pagar #boycottmalaysia kebah

Saifuddin
Saifuddin
A
A
A

PUTRAJAYA - Kerajaan Malaysia menunggu sehingga kempen boikot Malaysia 'kebah' sebelum membuat kenyataan mengenai tanda pagar yang digerakkan netizen India baru-baru ini.

Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, sesuatu isu di media sosial biasanya ibarat mempunyai demam tersendiri.

"Dalam media sosial ini, sesuatu isu ada demamnya.

"Kalau kebah demam isu tersebut kita akan beri reaksi berdasarkan situasi kebah itu," katanya pada sesi bersama media mengenai Kerangka Dasar Luar Malaysia Baharu di Putrajaya hari ini.

Bagaimanapun akui beliau, kerajaan sememangnya memantau rapat kempen tanda pagar #boycottmalaysia itu.

Kempen tersebut dilancarkan netizen India susulan ucapan yang dibuat Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Perhimpunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke-74 di New York, Amerika Syarikat baru-baru ini.

Dr Mahathir dalam ucapannya menyentuh krisis Rohingya di Rakhine dan Palestin di Gaza yang sudah kian lama berlanjutan sebelum mengatakan wilayah Jammu dan Kashmir juga telah ‘diceroboh dan diduduki’ dan krisis itu masih berterusan walaupun sudah ada resolusi PBB meminta kedua-dua negara untuk mengambil tindakan.

Saifuddin berkata, ketika ini tiada reaksi rasmi yang diterima Wisma Putra daripada kerajaan India berhubung ucapan Perdana Menteri atau kempen tersebut.

Artikel Berkaitan: