Wujud silibus pengurusan kewangan

Abang Abu. FOTO SINAR HARIAN /ASRIL ASWANDI SHUKOR
Abang Abu. FOTO SINAR HARIAN /ASRIL ASWANDI SHUKOR
A
A
A

SHAH ALAM - Orang ramai perlu memiliki ilmu kewangan demi membantu pengurusan kewangan masing-masing.

Ketua Pegawai Eksekutif Nowasia, Abang Abu berkata, ilmu berkenaan penting dan kesedaran mengenainya wajar dilaksanakan sejak peringkat awal.

"Bagi saya, perkara itu perlu dan berdasarkan fakta memang betul 52 peratus rakyat negara ini tidak ada RM1,000 jika berlaku apa-apa musibah.

"Ini menunjukkan seriusnya ilmu kewangan. Jangan tunggu sampai waktu bersara dan mungkin perlu ada silibus pasal duit. Jangan berselindung kerana perkara ini perlu diberitahu," katanya pada program Wacana Sinar Harian Siri 130 bertajuk Tak Ada Duit Selepas Bersara anjuran bersama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Dewan Karangkraf di sini hari ini.

Wacana yang menampilkan personaliti TV, Saiful Nizam Ismail sebagai moderator itu turut disertai Pengurus Kanan Jabatan Pengurusan Strategi KWSP, Farizan Kamaluddin dan Pengasas Telekung Siti Khadijah, Padzilah Enda Sulaiman.

Artikel Berkaitan: